SIWAK MENGUNDANG KEREDHAAN ALLAH

Sebarang sunnah yang dilakukan oleh seseorang itu baik seorang lelaki mahupun seorang perempuan. Ianya akan mendapat ganjaran dan mendapat kasih sayang Allah سبحانه وتعالى walaupun sunnah yang dilakukan itu adalah sunnah yang kecil mahupun sederhana.

Disebutkan oleh Saidaitina Fatimah Az-Zahra Radhiyallahu’Anha bahawasanya seseorang yang mengamalkan bersiwak merupakan penyebab untuk mendapat kematian yang baik (husnul khatimah) dan mengundang ganjaran pahala yang berlipat kali ganda sekali solat bersiwak dilipatkan kepada 70X ganda dan merupakan menyebab seseorang itu mendapatkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

Diceritakan mengenai seorang lelaki yang soleh yang rajin menggunakan kayu sugi(bersiwak) setiap kali ketika mana dia terjaga daripada tidurnya maka dia akan terus bersiwak. Dan dia telah mengamalkannya selama bertahun-tahun sehinggalah beliau telah meninggal dunia. Dan beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Ahmad.

Maka apabila lelaki soleh ini telah meninggal dunia maka ada adik beradiknya yang telah bermimpi bertemu beliau. Lalu adiknya yang bermimpi itu bertanyakan keadaan si mati ketika di alam barzakh. Ditanya “Bagaimanakah keadaan ketika ditanya oleh Para Malaikat?” Maka si mati menjawab “Dia tidak berasa sakit ketika meninggal dunia kerana ianya seolah-olah dirinya sedang tidur.

Sehingga datang Para Malaikat dan berkata duduklah hamba Allah. Maka aku terjaga daripada kematian seolah-olah aku terjaga daripada tidur. Di dalam kubur ketika terjaga maka aku terus mencari-cari dimanakah kayu sugi di sisi ku sehingga aku menyeru nama anakku Wahai Ahmad di manakah kayu sugi ku?”

Maka Malaikat bertanya “Kayu sugi manakah yang engkau cari? Siapalah budak yang engkau panggil itu? Apakah engkau rasa engkau bangun daripada tidur? Maka Malaikat berkata “Wahai Hamba Allah. Engkau sebenarnya sudah mati dan kami datang sebenarnya untuk bertanya kepada kamu untuk menyoal.”

Maka lelaki soleh ini terasa takut. Akan tetapi Malaikat yang berada di hadapannya berkata “Jangan kamu takut wahai hamba yang soleh. Kau tidak akan dihisab di dalam kuburmu kerana kau telah istiqamah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah bersiwak setiap kali engkau terjaga daripada tidurmu.”

Demikian itu menggunakan siwak itu adalah sunnah yang mudah tetapi syaitan menjadikan manusia lupa untuk menggunakan kayu sugi(bersiwak) maka hendaklah kalian semua memastikan untuk membawa lebih daripada satu siwak ke mana sahaja kalian pergi.

Sesungguhnya siwak ini menggembirakan Rasulullah ﷺ dan membuatkan syaitan marah. Siwak ini murah dan mudah untuk diperolehi. Siwak ini tidak sama seperti rokok di mana sesiapa yang bersiwak ini membuatkan Rasulullah ﷺ gembira dan merokok ini membuatkan Rasulullah ﷺ berasa sedih dan mengembirakan syaitan.

Kesimpulannya kita belajarlah menggunakan siwak kerana bersiwak memberikan banyak manfaat pada tubuh badan kita. Akan tetapi rokok memberikan pelbagai penyakit pada kita. Ingatlah bahawasanya siwak ini merupakan sunnah Baginda Rasulullah ﷺ dan tak akan rugi kalau kita semua mengamalkan sunnah-sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupan seharian kita.

Bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak ajarkanlah anak-anak dan isteri kamu untuk bersiwak sesungguhnya solat dengan siwak itu 70 kali lebih baik daripada solat tanpa menunaikan siwak.

#MutiaraKata[HABIB KADZIM BIN JA’AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

 

Iklan

komentar sahabat

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s