ADA APA DENGAN RATIB AL-HADDAD?

Kenapa ada pihak yang tidak suka Ratib al-Haddad diamalkan? Apa rahsia dan kekuatan hizib ini sehingga digeruni musuh agama dan iman?

Ratib al-Haddad adalah hizib zikir susunan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad. Ratib ini disusun pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadhan 1071H ( 1661M ).

Ratib ini disusun demi memenuhi permintaan masyarakat setempat Hadramaut ketika itu, untuk dijadikan wirid dan perisai penyelamat daripada ancaman, fahaman serta ajaran sesat. Ratib al-Haddad mula dibacakan di bandar Shibam pada tahun 1072H dan tersebar menjadi amalan rutin umat Islam di Mekah dan Madinah sehingga hari ini.

Selain menjadi perisai iman, Ratib al-Haddad mengandungi perisian rohani dan mampu menjadi asbab kepada kekuatan diri samada daripada gangguan makhluk halus atau ancaman musuh alam zahir.

Menurut kalam Habib Umar al-Hafiz ( saya naqal dari pendengaran telinga saya sendiri ), kandungan Ratib al-Haddad adalah antara susunan zikir terbaik dan bersumber daripada nas-nas al-Quran dan hadis terpilih; daripada hadis-hadis yang sahih. Jika diteliti pun, kebanyakan baris-baris zikir dan doa di dalam ratib ini adalah ayat al-Quran dan doa/zikir yang diajarkan Rasulallah.

Zikir-zikir di dalam Ratib al-Haddad tidak lain adalah susunan lafaz-lafaz tauhid, pengiktirafan kebesaran dan kekuasaan Allah serta baris doa-doa yang baik. Di antara zikir-zikir tersebut ada dinyatakan Rasulallah tentang fadhilat dan khasiat yang besar.. yang bukan sahaja memberi kebaikan dan maslahah duniawi, tetapi turut dijanjikan Allah pahala ukhrawi!

Iklan

komentar sahabat

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s