Bertemu Guru Mulia AL Habib Ali Zaenal Abidin (ulama besar malaysia)

AL hamdulillah berkah dziaroh kubro bisa bertemu dengan guru mulia al habib ali zainal abidin ulama besar malaysia. Dan beliau mendoakan majelis ratibalhaddad kita berkah ,,,berkah,,,berkah,,,aamiin qobul.

biografi beliau

Nama penuh / Nasab:
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar
Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang Al Habib Ali Zaenal Abidin
Bin Abu Bakar Al Hamid:-

1974 – 1992

Dilahirkan pada hari Jum’at, 12 April 1974, selepas solat Jum’at di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Habib Ali anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Habib Ali dari keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga pondok pesantren

Sewaktu membesar, Habib Ali berguru dengan:

1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As’ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar

dan banyak lagi para asatizah. Al Habib Ali Zaenal Abidin
Bin Abu Bakar Al Hamid berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995

Pada usia 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bunda, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, Habib Ali berguru dengan:

Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
Al Habib Ali Masyhur
Al Habib Salim As Syatiri
Al Habib Hasan As Syatiri
Al Habib Abdullah Bin Syihab
Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
Syeikh Fadal Ba Fadal
Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
Syeikh Umar Husain Al Khatib
Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semula jadi seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 – 2001

Selepas pengajian di Hadhramaut, Yemen, Habib Ali pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, Habib Ali terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga Habib Ali, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah Habib Ali dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari berbagai kaum dan bangsa.

2002 – SEKARANG

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, Habib Ali meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004,  Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid mernikah dan sejak itu, Habib Ali serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), Habib Ali sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.

Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semula jadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru dia, menjadikan dia seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan Habib Ali di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab yang mulia.

Iklan

komentar sahabat

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s