RAMADHAN DI TAREEM, YAMAN

Salam Ramadhan Kariim
Terpanggil utk berbagi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Di antara amalan-amalan di Tarim di bln Ramadhan :

Ramadhan di sana ibarat Hari raya.
Meriah dengan ibadah. Semua berebut utk shaf pertama bagi banaat Dar Zahra’. Tidak sholat jama’ah ibarat suatu aib. Sholat di awal waktu menjadi kewajiban.
Al-Quran, Wirid dan amalan2 sunnah menjadi rutin harian.

Kurangkan tidur malam di bulan mulia ini.
Mereka menghidupkan malam selepas tarawih dengan al-Quran, zikir serta pembacaan kitab. Tidur yg diamalkan pd bulan ini adalah selepas wirid pagi beserta kelas tafsir dan diikuti sholat dhuha. Kemudian baru pulang ke kamar masing2 utk tidur.
Boleh dikatakan waktu ini sunyi, sebab semua menggunakan masa utk tidur agar dapat bangun malam.

Sholat Sunnah Tasbih 4 rakaat(2+2) setelah sholat sunnah ba’diyah maghrib.
Dikatakan ganjarannya adalah Qashr fil jannah.

Bersiwak, yg merupakan sunnah Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.
Banyak kelebihan bersiwak. Diamalkan setiap kali memulai suatu amal. Baca quran, wudhu’, sholat, ta’lim, tidur, dan sebagainya.

Qodho’ sholat fardhu. Setiap kali lepas sholat fardhu, akan berdiri untuk terus menunaikan sholat qodho’. Biasanya 2 kali sholat setiap kali solat fardhu. Hal ini untuk menambal lubang2 sholat2 kita yg kemungkinan ada yg tak diterima, ataupun tak sempurna dan sebagainya.
Dan setiap amalan fardhu digandakan ganjarannya 70x pd bulan mulia ini.
Yaa Robb!

Menghadirkan hati dengan Allahu Robbul ‘alamin dalam setiap amalan dan pekerjaan. Contoh: Ambil wudhu’ dihadirkan hati serta setiap anggota ada niatnya.
Diakhiri dgn do’a setelah berwudhu’. Serta surah al-qadr 3 kali. Dan diusahakan agar tidak
berbicara setelah berwudhu’ dan terus sholat sunnah wudhu’ 2 rakaat.
Dikatakan kisah ahli tasawuf yang mengibaratkan omongan tentang duniawi yg melalaikan akan membatalkan wudhu’.
Itu pandangan mereka yang mementingkan kekhusyu’an dlm setiap amal.

Mengambil berat tentang khidmah. Misalnya: Menyusun sandal, menyediakan makanan untuk yang berbuka puasa, membersihkan musholla dan sebagainya.

Mementingkan adab serta menjaga hati (husnudz dzon) dalam setiap perkara.

Mementingkan, Membanyakkan serta memperbesar niat dalam setiap majlis ilmu.

Senantiasa menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Akan ada sesi bersalaman setiap lepas shubuh dan ashar.
Pada akhir daurah Ramadhon, salah seorang peserta muallaf, mengatakan itu adalah sesi yg paling disukai, bila saling bersalaman, saling bermaafan. Dan dalam hati dia akan berkata, “you’re better than me”. Ya Robb!

Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam dalam segala hal.

Di antara zikir yg dibaca berulang2 di bulan mulia ini adalah :

نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. …اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم…
Zikir ini dibaca pada segala keadaan, baik ketika duduk, berdiri, berbring, berjalan, memasak, dll.

Selepas Ramadhan terus sambung puasa 6 hari pada 2 Syawal. Hari Raya yg sebenarnya bagi mereka adalah stl habis puasa 6 Syawal.
Yaa Robb….

Alhamdulillah. Syukru
LILLAH ‘ala kullu hazihin ni’am. Semoga memberi manfaat bersama. Istiqomahlah hatta sekecil perkara. Boleh jadi amal kecil itu tinggi derajatnya di sisi Allah. Boleh jadi juga amal yang besar itu kurang derajatnya di sisiNYA. ALLAHU’ALAM.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.
In syaa Allah.
Sama-sama saling mendo’akan.

رمضان كريم
, “اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.”

Ini di antara doa Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, yg beliau nasihatkan untuk dibaca setiap kali habis sholat.
Di antara usaha kita untuk istiqamah dalam beribadah!
Fastabiqul khoiroot…
Semoga kebahagiaan dunia akhirat milik kita..

Iklan

komentar sahabat

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s