Syeikh Toyyib Al Makki

15697264_10154632165076999_2679670360800334181_n

15697460_10154632165011999_3637906076363316982_n

15698348_10154632164951999_2662641429671154415_n

15741091_10154632165266999_8226864270650206242_n

إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah kembali ke Rahmatullah Syeikh Toyyib Al Makki sebentar tadi di rumahnya di Makkah,

Pesan sheikh, jangan tinggal selawat siang 1000 malam 1000 itu rahsia usianya panjang. InsyaAllah.

AL FATIHAH.

*Biografi Ringkas Syeikh Toyyib Al Makki*

Al Alim Soleh Al Muammar Al Falih Muhammad Toyyib Bin Haji Cik Teh Al Qodahi Al Malizi Al Malayui Thumma Al Makki Asy Syafie Al Asya’ri dilahirkan pada 1339 H bersamaan tahun 1921 M di Negeri Kedah Darul Aman.

Beliau melanjutkan pengajian ke Dua Tanah Haram yang mulia (Haramain Asy Syarifain) pada tahun 1370H bersamaan 1951M bersama dengan ahli keluarganya ke sana. Beliau berkesempatan untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah serta menziarahi Baginda Rasulullah S.A.W. dan terus ke Makkah Al Mukarramah untuk menuntut ilmu dengan sebilangan besar ulamak di sana.

*Guru – gurunya*

– As Sayyid Alwi Bin Abbas Bin Abd Aziz Al Maliki Al Hasani
– Al Allamah Syeikh Hasan Bin Muhammad Masyaut Al Makki Al Maliki
(Pengarang kitab Tuhfah Saniah syarah Matan Baiquniyah)
– Musnid Dunia Al Allamah Syeikh Muhammad Yasin Bin Isa Al Fadani Al Makki
(Wafat pada 1990 dan Pengasas Madrasah Darul Ulum di Makkah Al Mukarramah)
– Syeikh Sayyid Muhammad Amin Kutbi
– Al Allamah Syeikh Muhammad Al Arabi Al Maliki
– Al Allamah Syeikh Zakaria Bin Abdullah Bila Al Makki
– Al Allamah Syeikh Abd Qader Bin Tolib Al Mandili Al Makki
(Pengarang kitab Penawar Bagi Hati dan banyak karangannya yang tersebar di Nusantara)
– Al Allamah Syeikh Ismail Al Fathoni
(Pengarang Kitab Bakurah Amani)

Beliau mendapat kerakyatan di Makkah Al Mukarramah dan sering juga pulang ke Malaysia di kediamannya Kg Asam Jawa, Parit Panjang, Kedah. Kehidupannya yang sederhana menyerlahkan kezuhudan beliau dan masyur namanya digelar
Syeikh Toyyib Roti kerana beliau hanya makan roti.

Bahkan beliau antara ulamak tua di Kedah yang mampu mengingati peristiwa dan sejarah yang berlaku walaupun usia semakin meningkat. Allah lebih menyayanginya dan menjemput beliau ke Hadhratnya pada

29 Rabiul Awal 1438 H bersamaan 28 Disember 2016 (95 Tahun) pada waktu asar di Kota Suci Makkah al Mukarramah. Semoga Rohnya dimuliakan Allah dan diangkat darjatnya di bulan mulia Rabiul Awal yang tercinta bulan kelahiran dan kewafatan baginda Rasullullah S.A.W.

al Fatihah…

Irfan Nazhan Bin Mohd Nasri (Bahtera Firady)
Tarim Hadhramaut Yaman

Berdasarkan kitab

غايت الرسوخ في معجم الشيوخ

Yang dikumpulkan dan ditulis oleh Al Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al Lankati Al Husofi Al Azhari serta beberapa penambahan daripada Al Faqir

Sheikh Thoyyib al Makki hafizallahu ‘anh berpesan :

1) tiap2 hari bangun pukul 1 ka dua ka..buat solat tahajjud 10 rakaat baca surah daripada al ikhlas sampai ad Dhuha..bahagi2kan..klo xhapai..ulama2 mekah kata xpa klo tengok al Quran.
2)Kemudian solat tasbih 4 rakaat..ada 300x tasbih..hadisnya sahih ..siapa2 dok buat..dosa macam pasir kat pantai pun…Allah kikih habih.
3) kemudian solat witir 11 rakaat.. ni yg nabi saw dok buat. Hadisnya sahih.
4) hampa jangan lupa selawat 1000x pagi..1000x malam..insya Allah nanti boleh jumpak Nabi…aku nak jumpak nabi..masalah apapun selesai…buat baik2.
5) Baca BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM 1000x..kat situ ada 3000 nama Allah..buat tiap2 hari…
6) Kalau hampa nak rezki melimpah ruah..malam jumaat baca surah al Waqi’ah 41x…xpayah makan gaji..hampa nak apa pun dapat.
7) Sheikh ijazahkan pada semua amalan tersebut. Sambutlah dengan kata “Qabiltu”.

 

Iklan

komentar sahabat

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s