SUNNAH MINYAK ZAITUN

Nabi ﷺ sangat menjaga rambut. Jika anda rasa anda dah terlalu menjaga rambut, percayalah bahawa Rasullullah ﷺ melakukan lebih daripada anda.
.
Nabi ﷺ sentiasa membawa sikat bersama kemana-mana sahaja. Nabi ﷺ sering menyapu minyak di rambut.
.
Antara sunnah Nabi ﷺ ialah menyapu minyak di rambut. Hari ini terdapat ratusan jenis minyak rambut di pasaran. Kita menyapu minyak di rambut kerana ia tuntutan sunnah Nabi ﷺ.
.
Tetapi minyak zaitun mengandungi keberkatan selain ia minyak yang digunakan oleh Nabi ﷺ . Nabi ﷺ suka meminyakkan rambut dengan minyak zaitun.
.
Sabda baginda,”Makanlah zaitun dan sapulah minyak zaitun, Sesungguhnya ia daripada pohon yang diberkati.” Allah ﷻ menyatakan bahawa terdapat keberkatan pada pokok zaitun.
.

Bagaimanakah cara Nabi ﷺ menyapu minyak zaitun?
Rasullullah ﷺ memiliki cara yang bagus ketika menyapu minyak zaitun. Semua pergerakan baginda ﷺ bertujuan untuk kecantikan. Pada setiap perbuatan tersirat hikmah tertentu.
.
Permulaan, baginda ﷺ meletakkan minyak zaitun di jari telunjuk kemudian menyapukannya di bulu kening kanan dan kiri. Kemudian baginda ﷺ menyapu di bahagian bawah bibir.
.
Seterusnya baginda ﷺ menyapu minyak zaitun di kedua kelopak mata dan janggut. Akhir sekali, baginda akan sapukan minyak di rambut dan di anggota badan yang lain.
.
Begitulah cara baginda ﷺ menyapu minyak zaitun. Jika kita ikuti cara baginda ﷺ menyapu minyak zaitun, percayalah bahawa kita akan merasa dekat dengan Nabi ﷺ .
.
[Habib Muhammad AsSeggaf]

Iklan

komentar sahabat

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s